Mar 1, 2012

Feb 22, 2012

down down down

kenapa tiba2 aku rasa down sangat nie. serius. mungkin sebab aku baru luahkan perasaan. then, perasaan, kenangan tu datang balik. membuatkan aku kecewa, sedih, rasa ingin menangis. like right now. bila kawan aku ajak pegi daki bukit. aku rasa yang aku tak boleh. aku nie dah la besar. lembik. memang takkan boleh naik punya. masa naik broga hari tu pun. aku tau aku tak boleh. aku kesian dengan kawan aku. kesian dorang sebab kawan dengan aku. tahu tak yang aku nie sorang yang bosan. tak segagah diorang. tak pandai bercakap. sensitif. cepat terasa. aku memang tak baik. tak secantik, sekurus kawan2 aku. sebab tu takde sapa pandang aku dan tertarik untuk kenal aku lebih rapat. and sebab tu jugak aku tak ramai kawan. aku terlalu merendah diri. sebab tu bila ada lelaki rapat dengan aku. aku akan rasa something. sebab aku rasa tak berbaloi kawan dengan aku nie. ya, aku seorang yang terlalu gelojoh. gelojoh dalam membuat keputusan. dah la. malas nak tulis lagi sebab aku terlalu sedih membayangkan betapa teruknya diri aku ni.

Feb 21, 2012

hari pertama persekolahan

aku sekolah lagi ker? haha.
suka hati lah nak tulis ape pon.
nak cerita ni.
hari ni kan hari pertama aku pegi kelas.
sedih cerita nie.
gigih la aku pegi kuliah pukul 8.
berjalan lagi tu.
tengah sedap2 jalan nie.
tiba2.
ppaaaaaaaapppppp..
selipar putus. *dah tiba ajalnye*
sedih kan?? selamat masa tu depan pusan.
so, pegi la duduk bawah pokok.
mengenang nasib.
mesej orang tu, orang nie mintak tolong.
then, gerak g FEP dengan kaki ayam sebelah.
selamat shasha ada teman.
kalau tak, memang dok termenung jelah bawah pokok tu.
tak lama tu pinjam moto adib.
balik bilik amik kasut. huhu.
lepastu, lepak kat depan kiosk tu.
sementara nak tunggu kelas pukul 11.
then, kelas tukar kul 12.
then, then, then...............
oh duit! bila nak masuk nie..
ha! tadi baru amik komisen yes. okaylah.
cukup untuk belanja makan.
D.U.I.T sila datang kepadaku... *keching keching keching $$$$*
~seronoknya.....lalalalalalala...(lagu nuri bank rakyat)~

azam baru. :))

Feb 18, 2012

Chingu~

ape tu? Chingu bahasa korea. maksudnya kawan.
beberapa hari lepas kan ada pegi kem YBR. malas nak buat entry nyer.
haha. kat sana dapat ramai kawan.
mula2 pergi takut tak dpt kawan.
last2 dapat kawan ramai gila.
macam dalam grup aku ada 24 org termasuk aku.
mai, nor, ida, ada, ija, shak, far, huda, azi, ema, lin, hanan, ifa, afif1, afif2, syafiq1, syafiq2, wan, mad, fariz, acap, firdaus, hadi.
ramai kan.? tapi boleh ingat semua. HEBAT! haha
semakin lama aku rasa kawan semakin bertambah.
yelah, usia pun bertambah =.=
kami kenal dalam masa 5hari je.
lepas tu masih berhubung melalui 'mukaBuku'.
tibatiba rasa macam dah kenal lama gila.
macam2 citer kami share dalam group tu.
kenang balik cerita2 masa kem ari tu.
bincang masalah negeri, negara, ibu negeri.
semuanyaa lah.
nah aku tepek gambar kumpulan nie.

ni kumpulan aku P.A.U.S paus!!~

ARANDA HEBAT! HEBAT! HEBAT!
-mad je xda dlm gamba nie mad MIA tiba2-
(gmbar cr to : daus)

*rasa macam nak tulis panjang2 tapi dah lupa. haha.
dasar pelupa. BTW, nak balik UKM dah.
barang tak kemas hape2 lagi nie.
malas2. tahu tak malas.?!!
''kena renung dengan tajam baju2 tu biar diorang jalan sendiri masuk dlm beg''
bak kata wan.
ouh, kalau lah boleh.