Jan 16, 2012

Yang ke-100.. TAHNIAH..! (^^,)


ahaaa..! dah masuk yang ke-100 entry aku nie. walaupun ntah apaapa aku tulis.
100.? banyak tu. dan bulan Januari paling banyak entry.
sebab terlampau bahagia. erkk.. motifff?? okay lah.
kali nie aku nak membebel panjang sikit. sempena merayakan entry yang ke-100. haha.

just now, cehh speking pulak. okay lah. tadi kan, kawan saya mesej saya.
eleh macam baru first time jek kwn mesej. yelah xpernah2 kot dia mesej aku. tiba2 je.
cuti CNY mendatang diorang cadang nak pergi Batu Caves. dengar macam kelakar kan.?
masa aku dapat mesej tu pun aku da gelak2. motif nak pergi sana? sihatkan tubuh badan.
okay. badan aku memang da tersangat sihat nie. aku macam eksaited gila nak pegi.
serius aku suka pergi tempat2 yang agak mencabar nie.
walaupun aku tak kuat sangat. aku suka buat benda2 nie. extreme. mencabar!
sebelum nie kan aku pernah cerita yang aku naik BROGA HILLs.
yang diorang dok sibuk kecoh2 tu. (baca kat sini).
tapi, sayang nya aku tak boleh nak follow nanti.
bukan sebab takut tak mampu atau takut patung besar yang sakit kuning tu.
tapi aku ada program lain.
24hb Jan baru balik rumah. and they wanna go that day.
sedihnyaaaaaaa T___T.
dah lama tak bersama-sama dengan kawan2 sekolah. rindu mereka. rinduuuu~
rindu kenangan BBQ, TimesSquare, Broga, kumpul ramai2, Slam.
oleh sebab sekarang nie semua dah busy dengan kerja masing2.
susah untuk berkumpul macam dulu.
kalau nak bercerita pasal kawan2 masa sekolah dulu memang takkan habislah sampai esok.
tapi lusa mungkin dah abis. hehe.

BATU CAVES
(tempat sasaran mereka cuti nie)

tapi aku malas nak cerita sekarang sebab esok aku masih ada exam-Int.Marketing.
dan satu hape pon aku tak baca lagi. kena lulus paper nie sebab Dr Syed tak nak jumpa aku lagi sem depan. sedih je. hahaha.
sudah!! sudah!! hentikan semua ini. bukak buku sekarang juga, MIMI !!
okay. got to go. papai. Assalamualaikum.. (:

Air mata dan tangisan (update...)

11.05 AM

sebentar lagi aku akan ke Dewan Gemilang untuk menjawab soalan Makroekonomi untuk kedua kalinya. berdoa agar tiada yang ketiga. InsyaAllah. segala persiapan telah aku buat. dan kali nie aku yakin yang aku boleh jawab. aku tak nak terlalu yakin. cukuplah sekadar yakin sahaja. bukan apa takut kalau aku terlalu yakin dan apa yang aku dapat sangat lah jauh ayam panggang dari api. aku jugak kan yang akan merana. sedang aku sibuk menelaah semalam. rakan ku bertanya tentang subjek ini. tiba2 rasa takut, nervous, risau, dll datang. aku mula berfikiran negatif. memikirkan bahawa ternyata banyak lagi yang aku taktahu. serius mood aku down dengan serta merta. aku mula menangis memikirkan nasib yang bakal aku terima. aku menangis dan terus menangis. menangis kerana penat, takut, risau, stress. ya, aku tau aku perlu untuk menangis supaya beban aku akan berkurang. bila tangisan aku mulai reda aku mengambil wuduk, berselawat, berdoa agar hati aku kembali tenang. aku mengambil keputusan untuk tidur kerana tiga hari sebelumnya memang aku tak cukup tidur. pagi ini, rasa kerisauan itu masih ada tapi sudah berkurang kerana jika aku risau, otak aku blank, jika otaku blank macam mana nak jawab. kan kan. maka pagi ni aku hanya menyelak sedikit sahaja untuk mengurangkan kerisauan. dan sekarang aku harus bersiap sedia untuk memuntahkan segala apa yang aku telah belajar sebelum ini. terima kasih kepada yang telah memberi kekuatan kepada aku untuk mengatasi kerisauan ini.

*doakan ketenangan aku menjawab soalan dan dipermudahkan segalanya.. aminn.. (:

update::: rasa macam orang gila je ari nie. yelah jalan sorang2 lepas tu senyumsenyum. kenapa? rupa2nya exam aku pukul 3.30pm bukan pukul 12.00pm. ini lah akibat nya stress yang terlampau. sekian. nak pergi sorok muka belakang pokok. (^O^)V

Jan 15, 2012

I am Sorry I Can't Hold It Anymore

don't know why i' feel like this at this time..
i know i should not..
but i can't.. sorry.. i'm not strong enough..
i'm tired with all this things.. how hard i tried..
still i can't.. i need someone right now!
i want to cry out loud now!. i'm tired, dear..
seriously tired!!
i am sorry.. sorry.. sorry..
i tried.. tried.. tried..
and now,
i am tired..!!
I can't hold it anymore..
S.O.R.R.Y. T_____T
*easy for you. but hard for me*

alhamdulillah (:

2.05 AM

lepas bangun je drp tidur petang tadi, mandi, solat, pastu tengok movie (macam org da abis exam je). aku sambung study Managerial Acc. (MA). ya!! untuk subjek nie aku tak sentuh apa2 lagi. sebab?? paper akhir aku. lagi satu, aku ada gap sehari lepas paper Int. Marketing. dan, aku yakin aku boleh buat paper ni (hidup nie kena yakin). sewaktu tengah khusyuk study. perut pulak buat hal. bergendang2 bagai la. taktau ke aku dalam proses diet. haha. + xde duit akhir2 nie. mula2 ingat nak order McD. call punya call die cakap tak hantar sampai UKM. sedih je. lepas tu. ingat nak order Domino's. tengah2 dok syok nak order, dah pukul 11. depa dah tak sabaq nak tidoq agaknya. huhu. lepas tu, bertahan je lah. sambung balik buat keja. tinggg~ tiba2 teringat kat seseorang nie. teruslah mesej dia, tanya kot2 die lapar ke. nk ajak kua g makan. dan beliau bersetuju. wah, hati kembali berbunga2 sebab dapat makan. dan aku menjadi tamak pada awal2 pagi nie. McD aku beli, kat Farez tadi pun aku bantai Roti french toasttzzzsz (belit2 lidah aku). nampak sangat nafsu makan mengawal aku. ahaha. ok. now i'm feeling sleepy. haha. TAK BOLEH!! aku tak boleh tidur. aku harus belajar lagi. ya. bertahan mimi! bertahan!. hanya beberapa hari lagi! pasti boleh!! aku harus kuat.! (^O^)v

*rasa macam nak tulis banyak, tapi tiba2 idea ilang, haha. okay lah. nak sambung study MA nie. cincincincauuu*

#sedih bila orang cakap aku sombong, jual mahal -___-

Jan 14, 2012

Kad Kahwin

14 Jan 2012
11.54 AM


entry aku hari tu ada sebut pasal kawin kan. nie dia kad kawin Lila.
full name, Noor Halila bt Hamzah. for sure i will go. InsyaAllah.
diorang dah nikah lama. aku lupa bulan berapa. nie baru buat majlisnye.
semoga pasangan nie berkekalan sehingga ke akhirat. aminn.
Tahniah Lila. tak sangka kau kawin awal antara aku, azie, tisha, sara ngan triplets.

*maka saya dengan ini menjemput kalian2 yang mengenali pasangan ini hadir ke majlis ini*

sapa boleh tolong macam mana nak betulkan date kat blog ni?? dah gila.. hehe. (: