Jul 20, 2011

Pendakian Broga Hill yang mencabar

tanggal 19 July 2011.. 8 sekawan yang terdiri daripada mimie(aku), sabrina, intan, hafeezah, shahril, zarip, malek dan fahim telah pergi ke BUKIT BROGA yang hangat diperkatakan org ramai.. kami bergerak dr Serendah seawal jam 5pagi dengan menaiki Serendah Airlines.. tapi sebenarnye xbergerak lg pun waktu 2 gara2 tunggu intan siap + jemput dr Fahim kat rumah beliau.. kami bergerak pukul 5.30.. kami sampai ke tempat kejadian pada pukul 7.30.. lambat kan?? ini suma gara2 Shahril yang lupa@taktau jalan ke sana.. Fahim pulak 'ter'lupa nak gunakan teknologi yang dia ada (GPS).. ciss.. bila nampak signboard BROGA semua macam excited giler nak naik.. da park kereta, terus amik barang2 yang nak bawak naik.. aku bawak badan je la.. pas2 terus je naik bukit 2 dengan takde warmup nyer.. baru bape langkah naik bukit da mengah giler.. semput la.. aku macam biasa la tertinggal kat belakang.. dengan kasut koyaknyer.. yang lain sume da kat depan.. semangat la katekn.. aku pun semangat gak tapi slow giler.. haha.. agak2 da 1/3 jalan.. Malek kol kate die da sampai and boleh pulak kejar aku.. dengan jeans ngn seliparnye.. lepas tu jalan sme2.. tapi kejap je.. lepas 2 aku kena tinggal sorang2 lagi.. sampai kat mane tah, nampak Feezah tertinggal.. aku rehat la kejap ngan die.. pas2 kami jalan same2.. sampai la puncak akhir.. bila tiba dekat puncak 1 jumpa Malek dengan Zarip.. diorg da pancit.. aku ngan Feezah teruskan perjalanan lagi bila tengok Intan, Sab, Shahril, Fahim kat puncak yg ke2.. sumenyer ada 4puncak.. excited giler nak kejar diorg weyh.. walaupun kami jalan je sebenarnye.. siap tangkap gambar lagi.. da sampai puncak akhir lagi la over excited.. mase tu da xpikir bahaye da.. panjat batu besar guna tali.. da la berat.. sampai je dekat puncak aku jerit sekuat ati.. gembira sebab dapat sampai puncak.. hampir 2 jam gak lah perjalanan naik puncak 2.. barulah jumpe 4orang pendaki tadi.. da sampai, kami duduk2 rehat2 amik angin gamba borak2.. memang best la.. dalam setengah jam kami lepak atas 2.. pas2 kami pun turun la.. nak gerak g k.selangor rumah Athirah.. macam biase la.. aku ngn Feezah orang terakhir turun.. da sampai ke kereta.. maka, kami pun teruskan perjalanan ke rumah Tirah.. sesat jugak.. da sampai kwasan nye tapi lupe rumah die kat mane.. sampai je rumah Tirah, kami makan, mandi, solat.. dan yang penting kami tidur.. sume da kecapekan giler.. terutamanya Zarip.. lame giler die tido.. padahal bukan naik sampai puncak pon.. ish3.. pukul 5 kami gerak pulang rumah.. sebelum balik rumah kami singgah pasar malam.. pas2 kami pun balik rumah masing2.. sampai sekarang badan masih sakit2 sengal2.. tapi xpe.. dapat cipta KENANGAN TERINDAH 2011..

muka excited nak naik BROGA
(depan: sabrina, intan, fahim,
belakang : aku, feezah,
cameraman : shahril)

pilot Serendah Airlines ( Zarip)

rehat + tunggu aku
(thanks guys)

peserta terakhir tertinggal, aku la tu

peristiwa kasut koyak


Malek sampai lambat dengan pakai jeans n selipar

zarip oh zarip

bersama 2 peserta yang da pancit

posing dulu..

bye2 puncak 1
(nampak tak zarip n malek kat puncak 1 ??)

otw ke puncak ke2

da sampai ke puncak ke2

rehat2 regangkan kaki

puncak ke3

lepak lu..

kumpulan pertama sampai puncak ke4
(fahim.intan.sab.shahril)

bukti sampai puncak BROGA.. HEBAT..!!

kumpulan 1 sampai tak termasuk Feezah ye..

shahril ajar cara2 nak naik batu

posing lagi sebelum balik

feezah n sabrina

intan.fahim.shahril
(apela yang korg buat 2..ish3..)

p/s: da malas nak tulis.. cerita panjang sangat..
yang penting aku da sampai PUNCAK BROGA weyh...!!!~
(^O^)V
>>MIMIE SAYANG KORANG SUME SANGAT2>>

Jul 18, 2011

SISTEM PPUM yang sangat TERUK..!!!!!!!~

hari nie aku dan akak aku pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).. seawal2 pagi kitorg da bangun nak gerak g PJ. takut jem la konon.. sampai Selayang je memang jem.. fuh..! bersabar jelah xboleh nak buat ape dah.. kitorg sampai PPUM dalam pukul 0740 cam 2 la..

cerita pertama
ktorg pegi la KLINIK ONKOLOGI, amik la no giliran n tunggu.. no ak ''0509''.. tunggu punya tunggu punya tunggu.... diorg xde pon panggil no aku.. yang aku perasan, diorg skip no aku 2.. drpd '0508---->0510'.. aku ngan akak aku saksi!! memang diorg xde pon tekan no aku 2.. sebab sebelum ak tanya kat kaunter pon da no '0515'.. da penat tunggu, no xkuar2 jugak aku pegilah beranikan diri tanya kat kaunter 2; 'kenapa no ak xpanggil2 lagi?' 'ada masalah ke?'.. yang kat kaunter 2 ada 3orang, sorang nie tgk la aku punya no, ada.. dia tanya kat aku ada pegi mana2 ke tadi.. aku cakaplah aku ada je kat situ dok tunggu die panggil.. pas2 yg lagi sorang ak gelar 'neneksihir' nie cakap "da berapa kali panggil da''.. padahal diorg skip no ak.. bukan nak mintak maaf ke hape.. muka lak cam taik je.. hangin je aku dibuatnye.. !!!! pas2, aku pun bayar RM15 kat 'neneksihir' nie ngan hati yang memang gelegak2, buak2.. SUMPAH MENYAMPAH DENGAN DIA...!!

cerita kedua
lepas dok geram2 ngan 'neneksihir' nie td.. tunggu la turn nak ambik darah.. bila no da dipanggil aku g la masuk bilik.. masuk bilik 2 je aku pelik la kenapa jumpa dokter pulak.. padahal aku nak kne amk darah.. bila dokter tanya aku ada amik darah ke? aku cakaplah ada tapi kat hosp selayang.. dokter 2 pun buat muka pelik.. aku pun lagi lah pelik.. aku cakaplah dekat dia, yang aku hari ni amik darah.. dia kata mungkin aku salah amik no.. aku mulalah nak menyumpah 'neneksihir' tadi.. orang nak amik darah die bagi jumpa dokter.!!. dah, aku kena amik no balik sbb nak amk darah.. tunggu lagi..!!!

cerita ketiga
pastu aku pun pergilah ke kaunter cakap aku nak amik darah.. aku tunjuk la kad kat org yg ke3 'orgbaik' yg ad kat kaunter td nie.. die cakap ''ok, kena bayar RM104'' aku pun terkejut ar.. sebab mahal giler.. TAPI pikir balik, proses nak cek darah aku nie memang mahal.. selamat ada kakak aku.. ada la duit nak bayar.. kalau x, memang kami balik rumah terus.. aku tanya la kat 'orgbaik' nie.. patutnye harini aku amik darah, tapi kenapa aku kena jumpa dokter.. pas2 die terangkanlah kat aku.. {tengok gamba kat bawah} yang kalau tarikh (a) maknenyer kena jumpa dokter.. yang (b) nie maknenyer amik darah seminggu sebelum tarikh 2 yang (a).. dalam hati aku cakap.. "APE PUNYA BODOH SISTEM DIORG NIE''.. diorg fikir aku boleh ingat ke tarikh2 nie, ingat aku paham ke apa yang diorg tulis nie.. tulis la..

(( agak2 korang la.. apa benda dalam bulatan oren 2?? maksud dia apa?? ))

MAKA, terbanglah duit aku ngan akak aku RM119 ari nie.. sebab kan sistem diorg yang teruk dan pekerja2 yang MEMANG PEMALAS untuk menulis 'tarikh amik darah'...!!!!!!

Jul 8, 2011

Kelab Jutawan, boleh percaya ke?


anda mesti pernah dengar pasal Kelab Jutawan (KJ).. kalau bukak FB je mesti ad org sibuk2 dok promote KJ nie.. (termasuklah aku).. ok lah. mula2 aku akan ceritakan serba sedikit tentang KJ. KJ merupakan perniagaan online yang menggunakan sistem affliate.!! ingat sistem affliate.. yang jauh bezanya dengan sistem MLM. dimana perniagaan ini merupakan penjualan produk ebook mengenai pemasaran internet.. feedback yang aku dapat kebanyakannya menentang KJ nie.. sebab apa? sebab mereka berfikir kalau join je kelab nie mesti kena cari orang untuk jual produk baru dapat untung.. Ok sekarang saya nak tanya kepada anda.. perniagaan mana yang tidak memerlukan pelanggan@pembeli.?? cuba beritahu kepada saya.. sedangkan FB jugak merupakan satu perniagaan dimana en.Mark sbg penjual dan pengguna yang berjuta2 nie sebagai pembeli. lagi ada yang kata komisyen yang diperoleh itu sebagai riba. nama pon perniagaan beb.! kalau kita jual produk tu, takkan nak jual pada harga kos. mesti kita akan jual sedikit mahal kerana ingin dapatkan untung. kalau jual pada harga kos, memang xlama la perniagaan 2 hidup. lagi 1, cukai2 yang dikenakan kerajaan tu kira riba la ye sebab bayar pada harga yang lagi tinggi. kita kena faham konsep riba dan sistem affliate nie. jangan nak tuduh melulu sahaja. kalau program nie menipu, da lama orang2 yang join KJ nie saman tuan punya KJ, en Sujairi.

pengalaman aku sertai KJ.

aku join KJ awal bulan 6 ari tu. jujur aku katakan memang susah nak jadi kaya. setelah aku join hampir 2minggu. aku baru dpt 1 downline. mula2 aku hampir putus asa sebab ramai yang dok mengutuk2 KJ nie scam, mlm and macam2 lagi la. sedih sangat bila orang perlekehkan usaha kita. tapi aku sedar kalau aku asyik dengar kata2 negatif orang macam mana aku nak maju. lagi pulak aku baru je join program nie 2minggu. ada orang 2 da join 1bulan pun xdapat downline. ada pulak tu yang join, dalam 3hari je da dpt dlm 4 downline. HEBATKAN.. so, aku kuatkan semangat aku untuk teruskan projek KJ nie. aku percaya rezeki untuk aku masih ada. cuma aku perlu usaha yang lebih kuat. untuk pengetahuan anda, ahli yang aku cakap tadi dalam 3 hari dapat 4 downline tu merupakan pelajar sekolah tingkatan 2.. kenapa? xpercaya? itu terserah kepada anda untuk menilainya.~

ok lah sampai sini saja aku cerita pasal KJ. kalau ada apa2 pertanyaan boleh lah inbox aku kat leogurlz08@yahoo.com. cuma aku ingin ingatkan kat sini. join KJ bukan tujuan utama nak jadi JUTAWAN. tetapi melalui KJ ahli2 berkongsi ilmu perniagaan internet yang mana kini menjadi salah satu medium dalam mencari wang TAMBAHAN untuk memenuhi tuntutan hidup kita yang kadangkala melebihi keperluan.

contoh komisyen yang diperoleh oleh seorang pelajar tingkatan 2. untuk gamba lebih jelas (klik gamba la..)
cr: pey joe faizul


nie pulak komisyen yang aku dapat after 2 weeks join KJ. =.= sedikit usahanya, sedikit la hasilnya. xpe. aku akan terus usaha lagi jadi seperti faizul (rujuk atas) nie.. insyaallah berjaya.. aminn..

p/s : untuk maklumat lebih lanjut KLIK SINI.. atau bolehlah add FB aku di ID; Shamimi Shuhaimi.

INGAT..!!!!! REZEKI TAKKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA. DAN, JANGAN KITA SELALU MENGHARAPKAN BAHAWA REZEKI ITU AKAN DATANG KEPADA KITA SECARA TIBA2 MELAINKAN ITU KEHENDAK ALLAH s.w.t.. insyaAllah.. v(^o^)v