Feb 22, 2012

down down down

kenapa tiba2 aku rasa down sangat nie. serius. mungkin sebab aku baru luahkan perasaan. then, perasaan, kenangan tu datang balik. membuatkan aku kecewa, sedih, rasa ingin menangis. like right now. bila kawan aku ajak pegi daki bukit. aku rasa yang aku tak boleh. aku nie dah la besar. lembik. memang takkan boleh naik punya. masa naik broga hari tu pun. aku tau aku tak boleh. aku kesian dengan kawan aku. kesian dorang sebab kawan dengan aku. tahu tak yang aku nie sorang yang bosan. tak segagah diorang. tak pandai bercakap. sensitif. cepat terasa. aku memang tak baik. tak secantik, sekurus kawan2 aku. sebab tu takde sapa pandang aku dan tertarik untuk kenal aku lebih rapat. and sebab tu jugak aku tak ramai kawan. aku terlalu merendah diri. sebab tu bila ada lelaki rapat dengan aku. aku akan rasa something. sebab aku rasa tak berbaloi kawan dengan aku nie. ya, aku seorang yang terlalu gelojoh. gelojoh dalam membuat keputusan. dah la. malas nak tulis lagi sebab aku terlalu sedih membayangkan betapa teruknya diri aku ni.

Feb 21, 2012

hari pertama persekolahan

aku sekolah lagi ker? haha.
suka hati lah nak tulis ape pon.
nak cerita ni.
hari ni kan hari pertama aku pegi kelas.
sedih cerita nie.
gigih la aku pegi kuliah pukul 8.
berjalan lagi tu.
tengah sedap2 jalan nie.
tiba2.
ppaaaaaaaapppppp..
selipar putus. *dah tiba ajalnye*
sedih kan?? selamat masa tu depan pusan.
so, pegi la duduk bawah pokok.
mengenang nasib.
mesej orang tu, orang nie mintak tolong.
then, gerak g FEP dengan kaki ayam sebelah.
selamat shasha ada teman.
kalau tak, memang dok termenung jelah bawah pokok tu.
tak lama tu pinjam moto adib.
balik bilik amik kasut. huhu.
lepastu, lepak kat depan kiosk tu.
sementara nak tunggu kelas pukul 11.
then, kelas tukar kul 12.
then, then, then...............
oh duit! bila nak masuk nie..
ha! tadi baru amik komisen yes. okaylah.
cukup untuk belanja makan.
D.U.I.T sila datang kepadaku... *keching keching keching $$$$*
~seronoknya.....lalalalalalala...(lagu nuri bank rakyat)~

azam baru. :))

Feb 18, 2012

Chingu~

ape tu? Chingu bahasa korea. maksudnya kawan.
beberapa hari lepas kan ada pegi kem YBR. malas nak buat entry nyer.
haha. kat sana dapat ramai kawan.
mula2 pergi takut tak dpt kawan.
last2 dapat kawan ramai gila.
macam dalam grup aku ada 24 org termasuk aku.
mai, nor, ida, ada, ija, shak, far, huda, azi, ema, lin, hanan, ifa, afif1, afif2, syafiq1, syafiq2, wan, mad, fariz, acap, firdaus, hadi.
ramai kan.? tapi boleh ingat semua. HEBAT! haha
semakin lama aku rasa kawan semakin bertambah.
yelah, usia pun bertambah =.=
kami kenal dalam masa 5hari je.
lepas tu masih berhubung melalui 'mukaBuku'.
tibatiba rasa macam dah kenal lama gila.
macam2 citer kami share dalam group tu.
kenang balik cerita2 masa kem ari tu.
bincang masalah negeri, negara, ibu negeri.
semuanyaa lah.
nah aku tepek gambar kumpulan nie.

ni kumpulan aku P.A.U.S paus!!~

ARANDA HEBAT! HEBAT! HEBAT!
-mad je xda dlm gamba nie mad MIA tiba2-
(gmbar cr to : daus)

*rasa macam nak tulis panjang2 tapi dah lupa. haha.
dasar pelupa. BTW, nak balik UKM dah.
barang tak kemas hape2 lagi nie.
malas2. tahu tak malas.?!!
''kena renung dengan tajam baju2 tu biar diorang jalan sendiri masuk dlm beg''
bak kata wan.
ouh, kalau lah boleh.

Feb 14, 2012

tahukah anda wahai rakan sekalian.?? :D

Assalamualaikum w.b.t,
semalam baru je habis kem Yayasan Bank Rakyat yang 5 hari tu. drp kem tu macam2 pengalaman, pengetahuan baru yang aku dapat. terutamanya mengenai Islam. gambar2 aku kat kem tu nanti aku post. sekarang nie aku nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat daripada kem tu.

kali ni aku nak kongsi pasal ''ummul kitab''@ Al-Fatihah.
mungkin ramai antara kita yang hafal surah nie.
tapi sebenarnya, kita faham tak tafsiran ayat surah Al-Fatihah nie.
kalau kita tak hafal/taktahu tafsirannya.
tak sah tau solat kita. tak khusyuk.
okay lah.
untuk menyenangkan korang menghafal tafsiran Al-Fatihah.
boleh la tengok video nie.


*bila tengok video nie teringat waktu kem ari tu. nyanyi ramai2. oh no! miss that moment. :') miss ARANDA's gang*

Feb 6, 2012

Resepi Puding Roti

sebabkan cuti semester ni taktau nak buat apa.
maka teringin lah nak buat puding roti. dah lama nak buat tau.
cuma belum masanya. dah bosan taktau nak buat apa cuti nie.
maka, buatlah puding roti. hehe. atas permintaan my bestie.
die nak resepi puding roti nie. so aku share la kat blog nie.
nie pun aku amik daripada website lain(link dia ada kat bawah)
tapi kalau nak lagi banyak resepi boleh jenguk kat MYRESIPI.
aku selalu jugak try resepi2 kat website myresepi nie.
mesti menjadi punya. kalau korang betul2 ikut resipi dia lah.

-->PUDING ROTI<--
BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti (kalau nak letak 6,7 pun boleh jugak)
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
  • 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
  • 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
  • kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)
  • kalau nak letak coklat chips ke kacang ke ikut suka lah.

CARA-CARA
  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
  6. Angkat, hidang dan ngap..

Read more: http://www.ceritaindahkami.com/2011/05/resepi-puding-roti-yang-simple-dan.html#ixzz1lcShXaiS

ni hasil yang aku buat hari tu. semua kata sedap. hehe. so boleh lah aku buat lagi. hehe.


#selamat mencuba ye kawan2. ((:

Feb 4, 2012

cuti dan kawankawan

sekarang kan musim cuti semester.
so, seminggu aku yang pertama dah abis lah bila aku pergi melaka ari tu.
now, dah nak abis minggu kedua pun. and the result! i'm so bored. bangun lewat. makan. tido. fb.
dah nak masuk minggu ketiga. okay. maybe best kot. sebab masa cuti terisi dengan program YBR. lima hari weyh. dah la aku xdak kawan. :( kena cari waktu tu la.
aku plan, minggu keempat nak balik melaka. tapi, adik2 angkat aku semua ada hal. tak da sapa nak teman aku. lagi sedih aku dibuatnya. mungkin baki lagi beberapa hari tu untuk aku lepak.makan.tido. kat rumah.
FYI AKU CUTI 4MINGGU JE.
UKM MEMANG KEDEKUT DENGAN CUTI!!

baru lah tadi aku keluar melihat dunia dengan kawan2 aku. itupun sebab aku pergi rumah zamira. dia nak fly g NZ. best nye. untunglaaa~ jeles aku tau! lepas tu mula lah program yang mengarut2. aku, sabrina, zarip. kitorang bertiga je. tapi kecoh macam 10orang. cerita itulah, inilah. kitorang pegi mana?? jusco, tesco. itu jelah. first time aku g jusco tu. so, agak jakun sikit. kat sana jumpa ikah. memang dah lama kot xjumpa dia. makin cun aku tengok. tapi sayang, die dah tak bertudung. sory ikah, aku lagi suka tgk ko bertudung. ^_^. lepas solat maghrib, kitorg gerak g tesco. sab nak beli kasut. sekat sejam gak la die memilih kasut. saiz takde lah, warna tak sesuai lah. last2 jumpa gak. hehe.
okay lah. nak tidur. sudah ngantuk selamat malam.
Assalamualaikum. (:

Feb 3, 2012

Ku pinang kau dengan bismillah

dah lah minat gila dengan pasha nie.
lagi2 bila die duet ngan rossa.
sangat suweeeettt.
suka suka suka.
lagu nie tak baru dan tak lama jugak la.
aku suka dengar. best.
silalah dengar.



Feb 2, 2012

nafsu

bercakap pasal nafsu nie.
tau tak bahawa perempuan mempunyai 9nafsu.
lelaki pulak ada satu je nafsu.
kenapa perempuan ada 9 nafsu.?
yelah. nafsu untuk cantik, shopping, nafsu nak itu nak ini. banyak tau.
lelaki pulak. nafsu mereka ada satu, sebab..
contohnya, kalau diorang nak kuruskan badan maka nafsu diorang untuk kurus tu akan lebih kuat daripada segala2 nya.
betul ke? ntah aku pun taktau. sebab aku nie perempuan.
tapi hari ini aku nak ceritakan pasal nafsu orang lelaki.
kawan aku pernah cerita dekat aku.
waktu dia kat sekolah dulu ustaz pernah tanya dekat kaum lelaki nie.
'' siapa yang bernafsu ketika bergayut/telefon makwe dia? ''
and the result is, most of the man angkat tangan.
makna nya jika anda berbicara dengan pakwe anda walaupun hanya dalam telefon.
pada ketika itu jugalah dia bernafsu.
lebih lama bicara lebih bertambahlah ia.
nafsu yang macam mana? hanya mereka yang tahu.
haaa!! sebab tulah aku takut untuk bertelefon dengan insan yang bernama lelaki
walaupun aku teringin.
berdosalah seseorang wanita itu jika boleh membangkitkan nafsu seorang lelaki.
lebih2 lagi melayan kehendak nafsu itu.
wallahualam.
itu sahaja ceramah saya pada pagi2 buta ini.
sekian wassalam. (:

#peringatan untuk aku dan kaum hawa yang lain.
*macam ceramah agama la pulak.