sebabkan cuti semester ni taktau nak buat apa.
maka teringin lah nak buat puding roti. dah lama nak buat tau.
cuma belum masanya. dah bosan taktau nak buat apa cuti nie.
maka, buatlah puding roti. hehe. atas permintaan my bestie.
die nak resepi puding roti nie. so aku share la kat blog nie.
nie pun aku amik daripada website lain(link dia ada kat bawah)
tapi kalau nak lagi banyak resepi boleh jenguk kat MYRESIPI.
aku selalu jugak try resepi2 kat website myresepi nie.
mesti menjadi punya. kalau korang betul2 ikut resipi dia lah.
-->PUDING ROTI<--
BAHAN-BAHAN
- 4 keping roti (kalau nak letak 6,7 pun boleh jugak)
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu besar butter - cairkan
- 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
- 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
- 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
- kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)
- kalau nak letak coklat chips ke kacang ke ikut suka lah.
CARA-CARA
- Toast roti ke dalam toaster sehingga garing. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
- Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
- Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
- Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
- Angkat, hidang dan ngap..
Read more: http://www.ceritaindahkami.com/2011/05/resepi-puding-roti-yang-simple-dan.html#ixzz1lcShXaiS
ni hasil yang aku buat hari tu. semua kata sedap. hehe. so boleh lah aku buat lagi. hehe.
#selamat mencuba ye kawan2. ((:
Okay. fine fine fine tiba-tiba jadi lapar di tengah malam ni. Esok lusa nak cubaaaa :D TQ mimi utk resipi puding roti ni :'D :'D :'D
ReplyDelete