Aug 22, 2011

Resepi Biskut Coklat chips.

Sempena Hari raya yang bakal tiba tak lama lagi. pagi tadi dapat menyiapkan satu lagi jenis kuih raya. dibuat sendiri oleh aku. seorang diri okeh. hehe. di bawah nie resepi untuk buat Biskut coklat chips.



Biskut Coklat Chips.

Bahan-Bahannya:
150g mentega
150g gula perang/ gula halus
1biji telur
200g tepung gandum
20g sebuk koko
1s. teh soda bikarbonat
1s.teh esen vanilla
50g coklat chip
50g badam cincang

Cara nak buat :
-pukul mentega, gula, esen vanilla dan telur sehingga kembang
-masukkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit sehingga sebati
- akhir sekali masukkan coklat chip dan badam lepas tu gaul rata.
- dengan gunakan sudu bentukkan adunan dan susun di atas pembakar. jika ingin letak di dalam paper cup pun boleh (tapi jangan isi penuh kerana adunan akan kembang).
- bakar pada suhu 160'C dalam masa 15minit.


adunan yang telah dicampur dan digaul rata

badam dan coklat cip di campur dalam adunan

inilah hasilnya.

SELAMAT MENCUBA~ (^O^)V

4 comments:

  1. haha.. aku ikut resepi la.. ni pun mula2 buat xguna paper cup. bila letak kat dulang die jadi melebar cam2. 2yang guna paper cup. last2 jadi cam muffin lak. hehe

    ReplyDelete
  2. wahh nampak sedap.. nak rasa bleh?

    ReplyDelete
  3. ni mesti gi umh ko ni.

    ReplyDelete