kehidupan sebagai seorang insan bernama NUR SHAMIMI BT SHUHAIMI bukan mudah seperti yang dilihat. cerita yang ingin aku tulis bukan lah cerita baru. dah jadi sejarah pun dalam hidup aku. kalau nak menangis pun dah kering weh. okay lah!
1) cerita bermula begini. aku baru mula mengenali M semasa berada dalam tahun2 di UKM. tidak aku nafikan dia lelaki pertama yang rapat dengan aku masa aku di sini. hubungan kami menjadi rapat kerana sering bergerak bersama. ya aku akui lebih selesa bersama dia kerana dia sangat baik sangat sangat. dia pernah cakap aku orang yang dia rapat dekat sini. so, memang kitorang selalu bersama lah. aku sebgai seorang perempuan mestilah suka dengan lelaki yang sikap baik dan mesra nie. tapi aku tahu aku tak boleh nak bangkitkan hal nie dengan dia. sebab dia pernah bgtau aku die xnak pikir pasal nie sebab pernah kecewa yang teramat. so, aku hanya boleh luahkan via fb dengan twitter. aku memang tak pernah terpikir nak bagitahu perasaan aku ni. sebab aku sayangkan persahabatan kitorang. bagi aku biarlah aku suka, rindu, sayang dalam diam je.
2) nak dijadikan cerita.. satu hari aku ajak dia keluar. bukan pertama kali tapi dah banyak kali jugak la. tapi hari tu dia menolak dengan mengatakan bahawa dia nak keluar 'date' dengan makwe dia. aku yang baca sms dia ni mesti lah merajuk/kecik hati sikit. aku fikir balik perlu ke dia nak mention benda tu dekat aku. cukup lah kalau dia kata dia ada hal. then, aku merajuk sampai hari yang berkenaan. pada hari tu, dia mesej aku cakap dia xmau kami keluar selalu. dia xnak aku suka dekat dia/ aku salah paham. aku memang terkejut lah bila dia bgtau macam tu. memanglah betul tapi aku nafikan sebab tak nak keruhkan keadaan dan hubungan kitorg. mulai hari tu memang aku xtau macam mana nak menghadap muka dia. malu kot. padahal aku nafikan. tapi aku malu. >,<
3) aku bukan malu sebab apa. tapi aku malu lah sebab dia tahu aku suka dia. gigih lah aku nak nafikan. aku hanya fikir satu je PERSAHABATAN kitorg. seriusly aku sayang sangat dengan persahabatan kitorg. sejak insiden tu kan memang kitorg xtegur. sampai dia mesej aku kata nak bincang bagai la. tapi last2 xde pon. aku takut persahabatan kitorg akan putus macam tu je. salah aku ke? YA!!! SALAH AKU!! dia pun kata salah aku yang menyebabkan hidup dia ''miserable'' beberapa minggu tu. aku tak bermaksud pun nak buat hidup dia macam tu. aku tau hubungan kitorg akan jadi macam nie kalau dah ada yang bangkitkan pasal hati dan perasaan nie. kitorg nie dah bergaduh macam pakwe makwe kot. =,=
4) lepas kitorg buat perbincangan melalui skype dan decide nk lupakan perkara nie hubungan kitrong jadi elok balik. tapi tak seelok dulu. tak semesra dulu. sumpah aku rindu dia yang dulu. ini semua salah aku.kalau aku tak tergedik2 mesti tak jadi macam ni. tapi tak pelah mesti ada hikmah lepas apa yang berlaku nie.
5) sekarang aku sangat cemburu + sedih bila lihat dia asyik sms. dengan siapa? aku pun tak tahu. mungkin makwe baru dia. aku?? masih terus menanti dia. sekarang nie pun dia macam nak elakkan diri dr aku. takpe lah M saya tahu siapa saya. bukan "taste" awak n mana2 lelaki. biarlah saya seorang saja yang pendam perasaan ni. tapi saya nak awak tahu yang
SAYA SAYANG AWAK sangat2. 'MAHAL NA MAHAL KITA'
*maaf post agak panjang dan membosankan*
No comments:
Post a Comment