mengisarkan tentang perjalanan hidup seorang hamba Allah yang lemah dan ingin mencari ketenangan dan kedamaian dalam hidup. masih lagi mencari tujuan kehidupan di bumi yang bulat. mencari kebenaran dalam kesilapan dan membetulkan kesilapan.
Jun 22, 2012
Hanya PadaMu Tempat ku mengadu
YaAllah sesungguhnya aku amat merindukan dia. Aku rindukan saat2 kami masih bersama. Walaupun kami hanya menjadi rapat dalam tempoh masa yang singkat. Terlalu banyak memori kami. YaAllah, kenapa dia hadir dalam hidupku. mungkin untuk menjadi peneman di saat aku keseorangan. sekarang aku menjadi keseorangan kembali. semuanya gara2 aku. Aku tersalah anggap kebaikan yang dia tunjukkan kat aku selama ini. Aku tahu dia tidak suka aku berperasaan begitu. tapi apa kan daya aku hanya wanita yang lemah dan tunduk dengan nafsu untuk menyayangi seorang lelaki. aku tahu salah. tapi aku masih mengikut nafsu. Akibatnya, kini kami sudah tidak bertegur sapa. hanya jika ada urusan yang penting. sumpah aku rindu dia. Tapi kini aku cuba untuk menerima hakikat bahawa dia takkan melihat aku sebagai lebih daripada seorang kawan. Aku sedar bahawa jodohku terletak di tanganMu. maka, aku hanya perlu berdoa agar dapat mencari pasangan yang dapat membimbingku ke jalanMu. Jika dia adalah jodoh ku, sejauh mana kami berada, pasti akan bertemu juga, Engkau redhailah hubungan kami. tetapi, jika dia bukan jodohku, bantulah aku melupakan dia. sesungguhnya aku tak mampu untuk menanggung sakit di hati. air mata ku sudah banyak jatuh untuk dia. biarlah aku Mencintai dia dalam diam kerana mencintai dalam diam adalah doa ku untuk dia. (=
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment