Jan 16, 2012

Air mata dan tangisan (update...)

11.05 AM

sebentar lagi aku akan ke Dewan Gemilang untuk menjawab soalan Makroekonomi untuk kedua kalinya. berdoa agar tiada yang ketiga. InsyaAllah. segala persiapan telah aku buat. dan kali nie aku yakin yang aku boleh jawab. aku tak nak terlalu yakin. cukuplah sekadar yakin sahaja. bukan apa takut kalau aku terlalu yakin dan apa yang aku dapat sangat lah jauh ayam panggang dari api. aku jugak kan yang akan merana. sedang aku sibuk menelaah semalam. rakan ku bertanya tentang subjek ini. tiba2 rasa takut, nervous, risau, dll datang. aku mula berfikiran negatif. memikirkan bahawa ternyata banyak lagi yang aku taktahu. serius mood aku down dengan serta merta. aku mula menangis memikirkan nasib yang bakal aku terima. aku menangis dan terus menangis. menangis kerana penat, takut, risau, stress. ya, aku tau aku perlu untuk menangis supaya beban aku akan berkurang. bila tangisan aku mulai reda aku mengambil wuduk, berselawat, berdoa agar hati aku kembali tenang. aku mengambil keputusan untuk tidur kerana tiga hari sebelumnya memang aku tak cukup tidur. pagi ini, rasa kerisauan itu masih ada tapi sudah berkurang kerana jika aku risau, otak aku blank, jika otaku blank macam mana nak jawab. kan kan. maka pagi ni aku hanya menyelak sedikit sahaja untuk mengurangkan kerisauan. dan sekarang aku harus bersiap sedia untuk memuntahkan segala apa yang aku telah belajar sebelum ini. terima kasih kepada yang telah memberi kekuatan kepada aku untuk mengatasi kerisauan ini.

*doakan ketenangan aku menjawab soalan dan dipermudahkan segalanya.. aminn.. (:

update::: rasa macam orang gila je ari nie. yelah jalan sorang2 lepas tu senyumsenyum. kenapa? rupa2nya exam aku pukul 3.30pm bukan pukul 12.00pm. ini lah akibat nya stress yang terlampau. sekian. nak pergi sorok muka belakang pokok. (^O^)V

1 comment:

  1. Amin. Sesungguhnya Allah sentiasa merahmati hambanya yang sabar dan berusaha sedaya yang mampu. :')

    ReplyDelete