sudah selesai semester 1, tahun ke 2 aku di UKM.
hurm..cepat kan masa berlalu.
semoga result aku kali ini lebih baik dan memuaskan hati.
aku dah berusaha sebaik mungkin untuk sem nie.
InsyaAllah Allah akan berikan keputusan yang terbaik untuk aku. aminnn.
banyak perkara yang berlaku.
perkara yang baik mahupun buruk.
tapi biarlah hanya aku dan yang terlibat mengetahuinya.
okay. next!!
sekarang nie aku nak ceritakan pasal
"ANTARA KAWAN atau PAKWE/MAKWE".
oleh sebab kawan aku ramai perempuan so, lebih tertumpu kepada pakwe la. mungkin dah jadi trend sekarang bercouple2. padahal benda tu haram. maknanya dosa kalau buat. kalau buat yang lebih2 lagi lah dosa-kuasa-dua kan. okay itu aku tak nak citer. sebab semua dah besar kan. boleh pikir sendiri. Akai ada akai. yang aku nak highlightkan kat sini. antara pakwe atau kawan. mana yang lebih penting. kalau aku, aku pilih kawan. sebab apa? sebab kawan adalah orang yang paling setia dengan kita. segala masalah yang kita hadapi biasanya kita mesti akan cerita dengan kawan kita. bagi aku kawan adalah segala2nya. selepas family. aku sayang kawan2 aku. walaupun diorang ada buat aku terasa hati, tapi itu sekejap je. lepastu mesti elok balik. sebab aku tau, hati aku tak boleh tinggalkan kawan2 aku. marah mana pun aku dengan diorang aku tetap sayang diorang. apa kaitannya dengan pakwe.?? okay meh aku cerita. biasa nya orang kalau dah ada pakwe nie mesti akan lebih pentingkan pakwe daripada kawan. betul tak? buktinya, hubungan antara korang dengan kawan2 dah tak rapat macam dulu, korang mungkin rasa biasa je, tapi cuba tanya kawan2 korang. jangan la tanya depan ramai orang. tanya 'face-to-face'. you will get the answer. kalau tak nak tanya, malu ka korang cuba amek masa pikir balik. benda nie dah banyak berlaku kat kawan2 aku. disebabkan dia dah ada pakwe. hubungan kitorang dah tak serapat dulu. ramai yang kecik ati dengan dia. because she never spent times with us. but more to her bf. kalau ada kumpul ramai2 pun mesti dia akan bawak bf dia. dan mulalah berlaku situasi yang agak tak menyenangkan. lagi satu, bila dah always with yours. anything that happen to your friend mesti korang lambat dapat tahu. yang paling aku tak suka, bila korang tengah bahagia korang mesti lupa kawan, bila tengah sedih baru sibuk nak cari kawan. ye, memang kawan nie untuk tempat korang bersedih jelah kan. bila kawan yang sama perlukan korang. korang buat tak tahu je. tak ada rasa kasihan/ bersalah langsung. YA mungkin aku cakap macam nie sebab aku masih ''seorang''. tapi, aku bercakap nie atas sebab pengalaman hidup aku dengan rakan-rakan yang berbagai ragam. bukan aku jeles sebab korang dah ada pakwe. tapi aku sedih bila korang ada pakwe korang tinggalkan kawan2. seolah2 pakwe kau adalah segala2nya. INGAT!! dia hanya PAKWE!! yang boleh buat korang terhanyut dalam dosa. lain lah kalau dia SUAMI korang. aku tak kisah malah aku doakan kebahagiaan korang. bukan aku nak doakan yang korang akan putus dengan pakwe korang. cuma, aku akan doakan walaupun korang dah berteman jangan lah lupa rakan2 yang lain. bagi aku, pepatah ' kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari ' sangat2 tak sesuai untuk korang. mungkin nie sesuai kot 'bila bahagia lupakan kawan, bila menangis mencari-cari kawan'. maaflah kalau ada yang terasa. aku hanya ingin menyuarakan apa yang terbuku di hati aku nie. sekian sahaja. Assalamualaikum.. (:
*please leave a comment. i need your opinion. TQ for reading ((:
w'slm. betul tu mimi. Semua orang ada kehidupannya yang tersendiri, tapi kawan jangan di lupa. Kawan amat penting. Chill yaw :D
ReplyDelete