Hari ketiga (23/1)
kali nie bangun pagi dah ada sarapan nasi lemak. dak erin beli (*dak tu macam panggilan utk seseorang la ak pun taktau camne nak terangkan). lepastu abg amy bawak balik lagi nasi lemak. banyak gila. ada lah dalam 30bungkus. kalau aku tau memang aku makan banyak sikit. lapar kot. hahaha. budak laki lambat siap so, kitorang gerak dulu g umah maklang amik diana ngan anis. sampai umah maklang makan lagi. tapi aku makan roti telur jek. diet la konon2nya. aktiviti kitoranghari nie separuh hari je. ada yang pergi tangkap siput, tengok orang buat kuih, orang ternak itik. best gila sebab merasai suasana kampung. lepastu aku br dapat tau yang ada lagi orang ternak keli, kambing tapi kitorang tak singgah tempat nie. sebab taktau. tengahari tu balik rumah sebab xde apa2 aktiviti dah. so, kitorang boleh luangkan masa dengan family angkat. tapi petang tu xde wat aktiviti sangat pun. borak2, makan ramai2, tengok tv, lepastu mak ajak kitorang g bandar melaka. nak bawak jalan2 la. tapi aku cakap lah kitorang ada aktiviti malam. tapi bila pikir balik memang malas nak pegi aktiviti malam tu. baik keluar dengan family sebab malam terakhir kan. anak2 angkat maklang pun sbnrnye malas nak pergi aktiviti malam tu. so, apa lagi. memang ramai la tak datang malam tu. kitorang je dah 12 orang. sbb ada problem transport untuk family maklang, diorang sewa van kawan angah. bobo yang drive. destinasi kami malam tu funfair dengan sg melaka. dekat funfair tu tak main banyak games la sebab mahai. kami main alibaba yang pusing2 2 dengan masuk rumah hantu. memang lepas main alibaba tu ilang terus kot suara aku.yang best nya kitorang naik 10orang. kitorang jadi rapat padahal sebelum nie memang tak kenal. paling menyesal masuk rumah antu la. ish ish ish. menyesl gilaaaa. lepastu kitorang decide main yang macam lucky draw tu. dapat lah bear kecik 2 dengan rubik cube 2. banyak game gak kitorang main. yang lucky draw tu la. lepas penat main game dekat funfair tu. kitorang gerak pegi sg melaka. kat sini, kitorang amik gambar. die punya view sangat cantik. time nie dah pukul 12 lebih. dak riz dah nangis2 nak balik. semua gambar pakai dslr martin. cantik sikit kalau ada dslr nie. dah penat2 amik gambar sume2 tu. kitorang balik. sebab memang penat gilaa. penat tapi best. dah otw balik nie. mula2 ingat diorang xnak pegi makan. rupa2nya pegi jugak. hehe. dorang pun lapar gak sebab memang tak makan lagi. kitorang g makan kat kedai 'punah'. nak tau tak kenapa nama kedai tu 'punah' macam nie, ari tu diorang pegi kedai makan nie. lepastu tu ada orang mintak air tembikai. orang kat kedai tu cakap air tembikai takde sebab mesin dah 'punah'. yang lain2 nie pelik la sebab budak tu kata 'punah'. tak paham dia cakap pasal apa. rupa2nya mesin buat tembikai jus tu dah rosak@punah. tu yang melekat nama punah tu. hahahahaha. kedai tu punya servis memang punah la. slowww gila. dah la orang dah lapar gila. makanan pulak xsampai2. orang yang sampai lewat yang dapat dulu makan. bengang gila kitorang. kitorang sampai rumah dalam pukul 3pagi. memang aku terus tidur la balik tu.
*part 3 pun aku buat sebab yang nie dah panjang sangat.
gambar2 tunggu naik sem baru dapat sebab semua gambar ada kat martin. ok next --->
No comments:
Post a Comment