will be the best memories in my life. malas lak nak speaking. okay! back to the story. sepanjang empat hari nie aku join program basiska (bakti siswa/i kajai). kali nie mereka buat di Melaka. program nie lebih kurang macam program anak angkat la. korang akan dapat satu family angkat then , tinggal dengan diorang dalam masa 4hari. jom baca cerita aku dr hari pertama sampai ke4. (tu pun kalau rajin nak bacalah)
Hari pertama (21/1)
bergerak dari ukm pukul 8 pagi. destinasi -> merlimau, melaka. sampai dalam pukul 11 lebih. waktu tu macam2 perasaan ada. takut sebab takut tak ngam dengan family angkat. gembira sebab nie first time join benda nie. then, pembahagian student kepada keluarga angkat bermula. semua gembira sebab dapat family baru. aku? aku pun suka gila. kitorang dua orang. aku ngan miza student 1st year. okaylah. memang boleh ngam. nama mak angkat aku Pn Jainap. mula2 macam segan nak panggil mak sebab sebelum ni ada satu mak je. tapi bila mak dah bahasakan diri sebagai mak. aku pun selesa lah nak panggil mak. lepastu, kitorang ikut mak balik rumah. sampai kat rumah tu, ada ramai lagi penghuninya. ada along, angah, kak erin, adik, abg izan, abg faiz, abg amy, kak fiza(isteri angah) ngan riz anak dia (tapi hari kedua baru jumpa abg amy ngn kak fiza). diorang pun sporting2 gila. tapi aku kan macam penyegan sikit. so, duduk diam2 dulu. hehe. disebabkan malam tu takda aktiviti, kitorang pegi pasar malam je. yelah, hari pertama kan. nak biasakan diri dulu dengan persekitaran melaka nie. tak banyak borak2 sebab masih segan. hahaha.
Hari kedua (22/1)
pagi2 lagi dalam pukul 8 dah kena gerak pegi balai sebab ada aktiviti. orang kat rumah tu jenis yang tak bangun awal so aku macam segan nak kejut suruh anta kitorang. last2, kejut kak erin suruh kejutkan mak. memang tak sarapan kitorang pagi tu. tapi bila pergi umah maklang (kakak mak) sebab nak amk lg dua orang anak angkat (diana,anis) maklang nie, kitorang makan kat sana je. okaylah still dapat makan. hehe. oh, baru aku ingat. hari ni, kitorang buat gotongroyong. ada yang kena bersihkan kubur, kemas balai, rewang, pakka. waktu makan paling best sebab makan lempeng, ubi, sambal ikan bilis (perghhh sedap gila). sambal dia sampai sekarang aku terasa kesedapannya. haha. dah abis aktiviti pagi tu, balik rumah la. tapi sebabkan penat aku terus tido. tak lama la sejam camtu je. kang diorang ingat aku nie cam tumpang tido je. tak tolong apa2. ha, sebelum tu lupa nak bgtau. maklang aku dengan mak aku sibuk nak amik anak angkat lagi yang lelaki la. sebab diorang takde family angkat. so, mak amik 4org, maklang pun 4orang. then, family kami bertambah lagi. yeay. martin, usop, ijat dengan ash. semua 1st year. so adik2 aku la. tapi diorang sampai malam. sebab tak kemas barang lagi petang tu. petang tu pulak kami ada sukan rakyat. aku malas nak join sangat sebab ntah la. tak berminat sangat. game yang dah selalu sangat main. main dalam paksaan jelah. sebelah malam pulak ada persembahan kumpulan. ntah apa2 lah persembahan kumpulan aku =.= xpelah yang penting enjoy. haha. abis program tu balik rumah. rumah bertambah kecoh la sebab ada adik2 'baru'. borak2 dengan semua lah. dalam pukul 1lebih camtu baru tidur. coppp!! aku lupa nak cerita. malam nie kan malam raya cina. kawasan rumah mak tu bersebelahan dengan rumah2 cina la. so, apa lagi memang bising la diorang main bunga api. dalam pukul 12lebih tu kitorang keluar nek keta, abg amy drive. pergi tempat yang orang ada main bunga api. best gilaaaa.. dari satu rumah ke satu rumah. aku rasa lebih sejam kitorang tengok persembahan bunga api tu. kalah kalau kita main bunga api time raya. bunga api die pulak bukan macam kita main. cantik. ada yang corak2. masa kitorang tengok tu ada dua buah rumah yang main. macam lawan la bunga api sapa paling cantik. dah habis tengok kat tempat tu. kitorang pegi tengok tempat2 yang lain pulak. kot2 ada lagi yang main. pegi kwasan rumah maklang tapi xde. dah senyap. memang eksaited gila aku malam tu. sebab first time kot tengok bunga api time CNY. insyaallah next year aku pergi lagi. sebab nak tengok bunga api punya pasal. haha. tapi sayang sangat2, xde gambar sebagai bukti aku pegi tengok bunga api tu. kamera aku takbawak, handphone sony pun aku tak bawak. =.=
*oleh sebab panjang aku buat entry yg ke2. --->
No comments:
Post a Comment